Mustar Yang Lebih Dikenali Dengan Panggilan Wak Munstar Telah mendendangkan lagu Cukup Sampai Di Sini untuk tugasan solo Pusingan Pertama manakala Pusingan Kedua Dengan lagu duet Cahaya Bulan Di Air Tenang dinyanyikan bersama Maria Bachok.
Tempat Kedua Telah Dimenangi Oleh Wan Muhammad Logan Wan Abdul Rahman atau Elji, yang Turut Membawa Pulang hadiah wang tunai RM50,000, perkakas memasak dan trofi. Di Tempat ketiga dan keempat masing-masing dimenangi Mursalim Muhidin (Aling) dan Hazlina Wati Zainuddin (Lina).
Aling menerima hadiah wang tunai RM30,000, perkakas memasak dan trofi, manakala Lina menerima wang tunai RM10,000 dan trofi. Sementara itu, anugerah penaja iaitu Anugerah NOP (Nestle Omega Plus) menyediakan hadiah wang tunai RM15,000 dan trofi menjadi milik peserta yang tersingkir pada Di minggu kedua, Nurashikin Ibrahim (Ann) Acara Konsert kemuncak Kilauan Emas Musim Kelima telah diadakan di Pusat Konvensyen CIDB Dandihoskan oleh Raja Azura dan Feesya Iskandar selaku hos zon. Pertandingan diadili oleh juri tetap, Datuk Hattan, Erra Fazira, Datuk Ramli MS dan juri jemputan, Datuk Rosyam Nor.
0 Response to "Wak Mustar Juara Kilauan Emas Musim Kelima [ Video ]"
Post a Comment