Dua suspek kes dera kanak-kanak perempuan berusia lima tahun ditahan polis di Kota Bharu, malam tadi.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, suspek iaitu ibu tiri mangsa berusia 25 tahun dan bapa kandungnya berusia 39 tahun ditahan sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di hadapan restoran di Jalan Bayam Kota Bharu, 9 malam tadi.
Katanya, kedua-dua suspek diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk siasatn lanjut.
“Suspek akan direman pagi ini di Mahkamah Majistret Pasir Mas.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak Kanak 2001,” katanya.
-
Sumber
0 Response to " Ibu Tiri, Bapa Adik Nur Zuliana Akhirnya Berjaya Ditangkap"
Post a Comment